






Kali ni cik andam dapat job di luar daerah iaitu di kemaman. Walaupun agak konfius nak carik rumah pengantin tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa juga lepas ber-kali kali call pengantin. Sian pengantin asik kena jawab phone hehehe. Mekap kan Tseh ni mudah sangat. Kulitnya pun takde masalah. Cuma part mata kena lebih teliti sebab mata pengantin ni sangatlah sepet dan kecik. Comel jer. Macham mata chinnese kan? Lepas dah taruk bulu mata yang panjang sebab nak bagi efek mata yang galak, lagi lah cik andam nak kena selak eyelash tu untuk letakkan eyeliner dan pakaikan mascara tu semua sebab mata akak nih terus terselindung di sebalik falsie gitu. hehe. Apepun sangat best mekap kan Tseh. Orangnya baik dan senang bekerjasama. Sekejap je dah siap mekap. Dan kredit jugak untuk kawan baik cik andam nih sebab sudi temankan cik andam drive jauh-jauh+amik gambar-gambar nih. Susah-susah je. Pasnih nak ajak lagi. Huhuhu...