Wednesday, December 8, 2010

Anda Mampu Kelihatan Cantik Pada Harga Yang Patut

Salam semua customer kesayangan,


Ini adalah feedback kepada soalan beberapa orang pelanggan cik andam. Ada yang dah mula tanya samada harga service mekap/solekan cik andam turut sama dinaikan sejajar dengan kenaikkan minyak dan beberapa harga barang keperluan baru baru ni. So alang alang dah ada yang bertanya, cik andam nak terangkan terus kat sini biar lebih ramai yang jelas. Insyallah, untuk tempahan yang telah dibuat setakat yang disenaraikan sekarang, cik andam still menggunakan harga yang lama. So korang jangan risau. Masih di bawah bajet korang lagi kan. Dan buat masa ni jugak, cik andam belum lagi bercadang nak naikkan harga khidmat solekan/mekap. So sesapa yang belum lagi buat tempahan, jangan la risau takut tak dapat harga yang lama tu. Tetapi, kebarangkalian untuk dinaikkan akan datang tu pasti la ada. Maklumlah, cik andam pun sama-sama carik rezeki so bila taraf hidup dah semakin meningkat nih, terpaksa jugak la cik andam pun turut serta buat perubahan kepada harga perkhidmatan yang diberikan tu. Bergantung kepada keadaan dan masa yang sesuai nanti. Yang pasti bukan sekarang. Kalau diikutkan pun, dah ramai jugak jurusolek lain dah mula lakukan perubahan harga. Memang tak boleh nak disalahkan dorang sebab kos untuk restock balik barang-barang mekap mungkin dah mula berubah - dari segi kos minyak dorang kesana kemari mencari barang mekap, kos untuk dorang pergi mekap kan cutomer ke sesebuah rumah, dan sekarang kalau order mekap online sekalipun, ada sesetengah retailer dah mula naikkan caj postage. Begitu jugak dengan services fotografi suami cik andam, masih juga belum ada ura-ura nak naikkan harga. Kalau ada pun, mungkin pada caj mileage kitorang untuk ke sesuatu tempat acara tu berlangsung. Yang tu memang tak boleh nak elak la kan, sebab transport masing-masing still lagi pakai petrol. Naik pun tak banyak, 5 sen je 1liter. hehe. So kepada yang bercadang nak guna kan khidmat kami, tak payah pening-pening kepala memikirkan kos yang meningkat. Anda still boleh gunakan khdimat kami tanpa rasa over bajet. Dan harga kami boleh dirunding sekiranya khidmat kami diambil secara pakej (mekap+fotografi). So harap-harap lepas ni takde lagi yang risau-risau nak dapatkan khidmat kami ye. Sebarang tempahan dan pertanyaan mekap, boleh sms ke 013-9525876 (Yna) dan untuk tempahan fotografi, sms ke 014-8429756 (Buyen/Abu). TQ.

Friday, December 3, 2010

Kelas Solekan Asas 12 Nov Dan 3 Dec 2010

 cara-cara membentuk kening
 wajah peserta sebelum mekap 


 simple for daily mekap. tak perlu base yang tebal-tebal.
 next demo 
 peserta yang kusyuk mendengar
 half of mine
wajah peserta sebelum di mekap

 eyeshadow time
 blending
half done.

comel kan akak nih? 
now, ready for dinner or function
 after praktikal mekap, done by themselves
 done by themselves
  done by themselves
 done by themselves
 done by themselves
 my simple gift for the best

Alhamdulillah, kelas asas solekan kali nih telah selesai dengan jayanya. Student-student kali ni memang happening giler. Nak-nak masa sessi demo mekap dinner, bersungguh-sungguh dorang cuba mempelajari teknik pemakaian bulu mata palsu dan juga shading. Sepanjang kelas berlangsung memang tak kering gusi melayan karenah dan soalan masing-masing. Apapun tahniah kepada peserta semua. Dengar-dengar cerita, ada pelajar sessi pertama dulu dah start praktikkan skill yang dipelajari di saloon miliknya. Bagus la. Semoga yang dipelajari ni dapat di manfaatkan sebaiknya.

Majlis Pernikahan Dan Persandingan Iklima

Sebenarnya kan, event nih dah lama sangat-sangat. Sampai dah tak tahu kat mane letak nya gambar customer nih. So alang-alang ter-jumpa balik 2,3 keping gambar yang cantik nih, cik andam upload kan jugak walau pun dah ter-lambat.






foto ihsan OP

p/s: pengantin request tanak kening di-usik. so kita rapikan je tu.

Thursday, December 2, 2010

Makluman Kepada Peserta Bengkel Solekan 1 dan 2


Di maklumkan bahawa lokasi asal Bengkel Solekan 1 dan 2 telah ditukar ke Mayang Sari Resort, Dungun pada tarikh dan waktu yang sama sebagaimana telah ditetapkan. Cik Andam bukan suka-suka hati tukar tempat ye sayang-sayang semua tetapi perubahan terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Insyallah, kelas-kelas yang seterusnya juga akan diadakan di sini juga. So kepada peserta yang telah pun booking, korang dah boleh mula buat pembayaran deposit ke akaun CIMB 13040076822527- Noraslina Nawi. Jangan lupa inform cik andam once korang dah bank in okey! Penting tu. Kalau ada apa-apa nak tanya atau tak paham, jangan malu-malu nak sms atau pm ke inbox FB. Kepada sesape yang still lagi berminat nak join, masih belum terlambat, sms cik andam di 013-9525876 (Yna). Tinggal beberapa kekosongan je lagi, so sape cepat dia dapat!!!

nota untuk peserta: peserta hanya perlu bawa cermin muka, mekap remover/minyak baby dan juga kamera untuk kegunaan masing-masing.  Peralatan mekap akan disediakan tapi sekiranya korang nak bawak mekap masing-masing jugak pun takpe. Lagi banyak lagi bagus. Hehe.  Dan....

Peserta sangat dialu alukan datang dengan bertemakan outfit/tudung merah ye. Merah sikit-sikit pun takpe, janji ada merah okey.