Sunday, June 19, 2011

Majlis Sambut Menantu Mona, Dungun.








Pengantin kali ini jauh datangnya, dari Tawau Sabah. Walaupan pertama kali bersua muka, namun seronok sangat bekerja kerana Mona dan keluarganya sangatlah baik dan peramah. Macam-macam cerita yang kami kongsikan sepanjang proses mekap berlangsung. Saling bertukar cerita mengenai kelainan budaya dan adat di negeri masing-masing. Terima kasih juga diatas kepercayaan Mona terhadap hasil kerja cik andam.  Namun tak banyak gambar yang dapat cik andam rakamkan pada hari tersebut, maklumlah keluarga pihak lelaki dah tak sabar-sabar menanti kedatangan pengantin baru ke rumah mereka. Apapun tahniah dari cik andam. Semoga ikatan Mona dan pasangan berkekalan ke akhir hayat hendaknya. Amin.

Majlis Pertunangan Nor, Dungun.





kredit to OP






Untuk job kali ni, segala urusan tempahan mekap dan fotografi telah diuruskan melalui asben cik andam sepenuhnya. TQ b. Dan tak sangka pula bila dah jumpa, rupa-rupanya Nor adalah ex-school mate cik andam dulu. Walaupun agak tergesa-gesa menyiapkan Nor memandangkan berlaku nye perubahan waktu majlis pada hari itu, namun syukur Alhamdulillah Nor berpuas hati dengan hasil kerja lebih kurang 30 minit daripada cik andam. Dan paling tidak dilupakan, layanan baik daripada keluarga Nor kepada pihak cik andam dan fotografer amatlah dihargai. Siap dibekalkan bekalan yang banyak yang lazat sebagai tanda terima kasih kepada kami berdua. Semoga ikatan pertunangan Nor dan pasangan berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Amin.

Friday, June 3, 2011

Majlis Persandingan Iza, Dungun.

 kening Iza memang dah di threading siap-siap kat kedai kata nye. 



Majlis Sambut Menantu Ziela, Kerteh.




Majlis Pernikahan Iza, Dungun.


kening Iza memang dah di threading siap-siap kat kedai kata nye.