Friday, April 22, 2011

Majlis Pertunangan Kakak Zaman



Salam,

Untuk mekap kali ni pengantin request untuk mekap yang soft dan natural saje untuk majlis pertunangan. So, cik andam cuba padan kan warna gold, coklat dan sedikit warne hitam untuk hasilkan mekap mata seperti yang diminta. Alhamdulillah, pengantin suke. Cuma pengantin memilih untuk menggunakan warna lipstik nya sendiri. Tak biasa guna warna lain katanye. Hehe. Apapun, semoga ikatan pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Insyallah.

Monday, April 11, 2011

Kelas Solekan Akan Datang

Salam semua pengunjung blog cik andam,




Di atas permintaan rakan-rakan dan pengunjung blog semua serta kepada yang dah mula bertanya, insyallah cik andam dalam perancangan untuk kembali mengadakan kelas solekan bergantung kepada sambutan dan sokongan daripada rakan-rakan serta yang berminat untuk menyertai. So sekiranya ada dikalangan anda yang berminat menyertai KELAS SOLEKAN ASAS atau KELAS SOLEKAN PENGANTIN, jangan segan-segan sms atau hubungi cik andam di 013-9525876. Insyallah, sebagaimana kelas-kelas yang terdahulu, cik andam akan cuba adakan kelas tersebut di Mayangsari Resort, Dungun. Bayaran bagi KELAS SOLEKAN ASAS SEBANYAK RM50 sahaja dan KELAS SOLEKAN PENGANTIN SEBANYAK RM150. Sijil, peralatan mekap, serta jamuan ringan akan disediakan. Kepada yang request cik andam adakan kelas di Kuala Terengganu, Insyallah sekiranya sambutan menggalakan daripada peserta Kuala Terengganu, akan cik andam usahakan ke sana. Tunggu ye semua. So kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang. Kali ni cik andam akan buka kelas untuk 25 orang peserta. Sebarang perubahan dan tarikh akan di maklumkan semula. TQ.

Wednesday, April 6, 2011

Majlis Pertunangan Iza





Salam semua, 


Ini job yang cik andam buat kalau tak silap bulan lepas. Iza nih antara kastemer cik andam yang  bernasib baik sebab time tu kesihatan cik andam  sangat tak mengizinkan sampai terpaksa tolak tempahan mekap kastemer. Tapi disebabkan Iza ni memang dah lama booking, maka cik andam gagah kan diri merias Iza untuk majlis pertunangan nya baru-baru ni. Insyallah, pada majlis Nikah, Sanding, Sambut Menantu dan Outdoor nanti, Iza masih lagi menggunakan khidmat Cik Andam.