Wednesday, November 30, 2011

Majlis Pernikahan Anum, Dungun.






Salam,


Pengantin kali ini adalah kawan baik cik andam sejak kecik serta merangkap orang kuat majlis kawen cik andam dulu. Dialah orang yang cik andam harapkan untuk DIY kan bunga tangan dan beads pada dress outdoor idaman hati cik andam dulu. Alhamdulillah, sekarang giliran Anum pula menjejakkan kaki ke pelamin. Semoga perkahwinan nya kekal bahagia ke akhir hayat. Amin.

Majlis Sambut Menantu, Kijal.




Majlis Persandingan Tie, Che Lijah.





Salam semua,


Kali ini cik andam mekap kan seorang lagi pengantin untuk 3 majlis yang berlainan iaitu majlis nikah, bersanding dan sambut menantu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan pengantin berpuas hati dengan hasil mekap. Namun cik andam tak sempat ambik gambar banyak-banyak, dan kualiti gambor pun agak tak memuaskan hukhukhuk so terpaksa lah cik andam letakkan hasil mekap dalam satu entri je. Kepada Tie, tahniah dan semoga berkekalan ke akhir hayat. Insyallah.

Saturday, November 26, 2011

Makluman

Dear my customer...


Sori sesangat kalau ade sesape yang email cik andam dan tak dapat-dapat balasan email atau terlepas booking mekap gara-gara email tak dibalas cik andam. Cik andam memang tak sempat nak bukak email. So kepada sesape yang berminat nak gunakan khidmat cik andam, anda amatlah dialu-alukan menghubungi/sms cik andam di no 013-9525876. Takyah susah-susah email, call/sms je terus okey. Lagi mudah dan cepat kan? Insyallah cik andam akan balas secepat mungkin. TQ

Wednesday, November 9, 2011

Majlis Pertunangan Noor Razinah, Dungun.





Salam semua. Kali ini cik andam diberi kepercayaan untuk merias wajah Nor Razinah bagi majlis pertunangan nya. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya dan Noor Razinah berpuas hati dengan hasil mekap. Sekalung tahniah daripada cik andam Noor Razinah dan pasangan. (",)