Saturday, July 30, 2011

Majlis Pertunangan Jat, Kg. Kedai Buluh, Trg.







Alhamdulillah, selesai sudah job terakhir cik andam sebelum berehat menyambut Ramadhan dan menanti kelahiran anak pertama. Insyallah, pada Ramadhan nanti cik andam hanya fokus pada kelas-kelas mekap yang akan di adakan di kolej seperti biasa. Itupun bergantung kepada jadual dan keadaan kesihatan cik andam sekiranya diizinkan oleh Allah. Dan untuk kastemer kali ni, Jat, telah memilih solekan yang natural dan simple sahaja untuk majlis pertunangannya. Maklumlah, ini pengalaman pertama Jat mengenakan solekan di wajahnya. Jat juga meminta agar keningnya dirapikan sahaja dan seperti biasa cik andam akan cuba memenuhi permintaan-permintaan kastemer supaya hasilnye nanti disenangi. Kepada Jat dan pasangan, tahniah daripada cik andam. Semoga hubungan ini berakhir ke jinjang pelamin. Insyallah.

Thursday, July 21, 2011

Pertandingan Solekan Karnival Remaja Adun Kemasik



wanie, kak yna pinjam pict FB wanie. 





















Salam semua.


Alang alang dah update, cik andam nak update pasal Pertandingan Solekan Karnival Remaja Adun Kemasik yang cik andam join bebaru ni. Kalau tak silap pada 28 Mei 2011 bertempat di Kemasek. Punye lah lama simpan pict nih semua sebab kekonon nak tunggu soft copy daripada kawan, tapi sampai sekarang pun belom sempat lagi nak amik. So, cik andam upload mana yang ada je dulu ye. Pertandingan ni telah disertai lebih kurang 10 orang jurusolek dari area Kerteh, Kemasik dan Paka dengan tema solekan bebas. Masing-masing ada yang memilih solekan Arabic, Kasual, Parti, dll. Cik Andam pulak memilih Solekan Pengantin sebab time tu memang props dan kelengkapan pengantin je yang cik andam ada. Hehe. Dan alhamdulillah, hasil kerja cik andam terpilih sebagai tempat pertama pada hari tu. Walaupun tergesa-gesa berkejar nak mekap kan kastemer, tak sangka ada rezeki untuk cik andam dan model cik andam pada hari tersebut. Terima Kasih kepada juri yang telah memilih dan memberi peluang kepada Cik Andam. Dan tak lupa juga Terima Kasih bebanyak kepada model Cik Andam iaitu Wanie yang sudi meluangkan masa membantu Cik Andam menjayakan pertandingan ni serta sokongan suami dan rakan-rakan yang lain ketika pertandingan berlangsung. Walaupun pertandingan ni takde lah segah pertandingan yang lain, tapi Cik Andam menganggap ini satu peluang dan platform untuk melangkah lebih jauh dalam bidang solekan di samping mengutip pengalaman yang baru. Insyallah.

Wednesday, July 20, 2011

Kelas Solekan Adun Kijal

Salam semua,


Alhamdulillah baru-baru ni cik andam sempat memenuhi jemputan DUN Kijal untuk mengadakan kelas asas solekan bagi belia dan remaja di sana. Kelas  yang dihadiri seramai 20 peserta berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Sambutan dan kerjasama peserta yang sungguh sporting membuatkan kelas yang dijalankan berlangsung dengan jayanya. Pelbagai ilmu baru juga dikongsi dengan peserta. Di harap dengan adanya bengkel seperti ini, lebih ramai lagi belia dan remaja mula menggiatkan diri dan memajukan diri dalam bidang solekan. Dan ribuan terima kasih juga kepada pihak penganjur yang sudi mengundang cik andam pada hari tersebut dan mengatur perjalanan bengkel ini dengan jayanya sekali. 


  antara peserta yang hadir.


peserta tekun mempelajari teknik yang sedang diajar.


sessi praktikal mekap dikalangan peserta bengkel solekan.


semuanya tekun mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari


salah seorang orang kuat yang sama-sama menjayakan bengkel tersebut.


jamuan ringan oleh pihak penganjur


 kenangan bersama peserta.

Dan cik andam juga turut mengalu-alukan mana-mana persatuan atau pihak yang berminat menjemput cik andam untuk menjayakan lebih banyak bengkel solekan seperti ini supaya lebih ramai lagi berpeluang diberi pendedahan ilmu solekan untuk dipraktikkan. Sekiranya berminat, anda boleh boleh menghubungi cik andam di 013-9525876. TQ.

Friday, July 15, 2011

Majlis Sambut Menantu Sue, Dungun.







Salam semua,
Cik andam nyaris-nyaris lupa nak publish kan job ni. Nasib baik pengantin yang ingatkan cik andam. Sori ek Sue. Kak Yna sibuk sikit. hehe. Apapun bekerja dengan Sue memang senang. Tersangat lah soft orangnye. Sesuai dengan raut wajah nya yang lembut tu. Alhamdulillah Sue suka dengan mekap nya itu. Lagipun si empunye diri dah tersedia cantik kan? Terima kasih untuk layanan baik Sue dan keluarga. Tahniah daripada Kak Yna ye.