Sunday, May 16, 2010

Pernikahan Tseh






Kali ni cik andam dapat job di luar daerah iaitu di kemaman. Walaupun agak konfius nak carik rumah pengantin tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa juga lepas ber-kali kali call pengantin. Sian pengantin asik kena jawab phone hehehe. Mekap kan Tseh ni mudah sangat. Kulitnya pun takde masalah. Cuma part mata kena lebih teliti sebab mata pengantin ni sangatlah sepet dan kecik. Comel jer. Macham mata chinnese kan? Lepas dah taruk bulu mata yang panjang sebab nak bagi efek mata yang galak, lagi lah cik andam nak kena selak eyelash tu untuk letakkan eyeliner dan pakaikan mascara tu semua sebab mata akak nih terus terselindung di sebalik falsie gitu. hehe. Apepun sangat best mekap kan Tseh. Orangnya baik dan senang bekerjasama. Sekejap je dah siap mekap. Dan kredit jugak untuk kawan baik cik andam nih sebab sudi temankan cik andam drive jauh-jauh+amik gambar-gambar nih. Susah-susah je. Pasnih nak ajak lagi. Huhuhu...

Monday, May 10, 2010

Persandingan Diha


Ini pulak mekap untuk upacara persandingan Diha pada tengahari nya. Tapi gambar mekap untuk bersanding tak banyak sangat pun. Maklumlah, masa nih cik andam sorang diri je mekap kan Diha.Takde orang yang tolong cik andam ambikkan gambar. So sempat ambik gambar lepas dah siap mekap je la. Hehehe.

Pernikahan Diha


belom letak gloss lagih nih...



Majlis pernikahan Diha dan pasangan berlangsung pada 1 Mei 2010. Seawal 7.30 pagi cik andam dah sampai ke rumah pengantin sebab majlis nikah bermula lebih kurang pukul 9 pagi kemudian diikuti majlis persandingannya pada tengahari. Diha ni kawan kepada kawan baik cik andam aka orang yag bertanggungjawab rekemenkan cik andam kat Diha nih. Hehehe. Neway kerja dengan Diha memang best. Macam dah lama kenal. Lagipun Diha memang serah kan sepenuhnya kat cik andam untuk tentukan mekap nikah dan sanding. So untuk Diha, terima kasih sebab percayakan Yna ye. Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, April 27, 2010

Cerita Setahun Yang Lepas



Ain ni sebenarnya dah lama melangsungkan perkahwinan. Kira-kira setahun lebih dah pun. Dan sekarang dah pun selamat menimang seorang cahaya mata perempuan. Tapi disebabkan baru sekarang cik andam ber-kesempatan mintak gambar OP daripada Ain iaitu Abg Zahar, maka baru sekarang jugak la berpeluang upload gambar-gambar cantik Ain ni kat sini. Entry sebelum ni hanya menggunakan kamera digital biasa cik andam je. So layankan gambar-gambar cantik dari OP ni ye...

Sunday, April 4, 2010

Pertunangan Adik


Pengantin kali ni comel je kan? Kecik je orangnya. Tersangat la baik dan peramah sampai cik andam rasa macam mekap kan adik sendirik je. Nak mekap kan dia pun senang sebab adik memang serah sepenuhnya kepada cik andam. Kalo tak silap, Adik memang dah selalu mekap cantik-cantik sebab dah selalu terlibat aktiviti pertunjukkan tarian kebudayaan. So dia paham macam mana proses kerja cik andam. Untuk adik dan pasangan, Kak Yna ucap tahniah. Semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin.i

Tuesday, March 30, 2010

Persandingan Ila





Sori Ila sebab lambat upload gambar sanding nih. Cik andam sibuk tau... hehehehe.

Friday, March 26, 2010

Majlis Sambut Menantu Rohaida


Ramai kawan-kawan sekolah dah tanya bila nak upload gambar-gambar Ida ni. Hehehe sori cik andam banyak sangat komitmen lain, tak sempat nak update belog. Sejak daripada zaman sekolah sampai zaman bekerja, Ida memang jenis yang tak suka bermekap. Maklumlah atlet sekolah kan, mana kisah nak mekap-mekap bagai ni kan Ida? hehehe. So masing-masing tak sabar nak tengok wajahnya selepas mekap. Kulit Ida cantik, cuma ada parut-parut jerawat kecil je di pipi tapi masih boleh diatasi dengan penggunaan foundation yang tepat. Cik andam cuma mekapkan untuk majlis sambut menantu je, sebab yang lain Ida dah ambil sekali dalam pakej pelaminnya.

Pernikahan Ain


Kalau nak tahu, kerja memekapkan Ain nih tersangatlah mudah dan cepat. Lebih kurang 1 jam je dah pun selesai. Kulit Ain bersih dan licin jadi senang nak aplikasi foundation dan mekap.Tak percaya cuba tengok gambar sebelum mekap. Cantik je kan kulit Ain ni? Cik andam sempat tanya produk@skincare apa yang digunakannya untuk mendapatkan kulit sehalus mulus tu dan kata Ain, dia hanya menggunakan roduk Mustika Ratu sejak zaman sekolah lagi dan produk itu berkesan dengan kulit wajahnya. So sape-sape nak dapat kulit secantik kulit Ain, lepas ni boleh try produk Mustika Ratu. Alhadulillah, selamat sudah majlis pernikahan Ain dan nantikan majlis Persandingan Ain pula akan datang.

nota kaki: Ain, nanti dah dapat gambar daripada phtographer jangn lupa share kat Dona ye.