Friday, February 26, 2010

Apa Yang Perlu Pelanggan Ketahui

Salam semua,

Entry kali ni cik andam nak kongsi sesuatu yang mungkin boleh sama-sama kita pertimbangkan sekiranya ingin mendapatkan khidmat solekan daripada mana-mana mak andam. Sebab kadang-kadang ada diantara pelanggan tidak pernah tahu atau terfikir tentang apa yang perlu mereka sediakan dan lakukan sepanjang proses mekap dilakukan.

1. Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pengcahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pengcahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing. Manakala proses mekap yang kadangkala memakan masa 1 jam setengah sehingga 2 jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan mak andam.

2. Tak salah sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak mekap yang disukai. Namun anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh mak andam kerana mak andam mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan. Jadi seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih mak andam tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan mak andam yang dipilih untuk lakukan yang terbaik. Insyallah.

3. Isu ni mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada diantara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai mak andam, kami akan sentiasa menghormati dan menuruti kehendak pelanggan dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan. Malah mungkin memudahkan kerja kami yang tidak perlu meluangkan masa untuk membersihkan/mencukur kening anda. Namun kadangkala ada diantara pelanggan memiliki kening yang agak hitam, tebal atau mungkin bentuk kening yang menurun atau lain-lain menimbulkan masalah untuk membentuk kening tanpa membersihkan/mengcukur kening mereka. Wajah anda mungkin akan kelihatan sedih, garang atau sebagainya sekaligus mewujudkan tanggapan yang tidak elok diatas hasil kerja kami nanti. Sebaik-baiknya minta pendapat daripada mak andam mengenai perkara ini kerana ada juga diantara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur/dibersihkan. Kami mengharapkan agar pelanggan dapat memahami dan menyerahkan kepercayaan kepada kami untuk memastikan hasil solekan yang cantik dan sempurna di mata anda dan tetamu. Namun itu tidak bermakna kami memaksa anda untuk melakukan sesuatu yang tidak ingin anda lakukan. Tepuk dada tanya selera.

4. Bagi masa yang secukupnya untuk mak andam anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terkhir. Kadangkala ada diantara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses mekap belum pun selesai sepenuhnya. Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan mak andam malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.

5. Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam tiba kerana kebanyakan mak andam lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain

Dengan perkongsian ini, diharapkan para pelanggan akan lebih memahami, bekerjasama sekaligus memudahkan urusan kedua-dua belah. Insyallah kami akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk anda.

Pertunangan Kak Long Hanisah


Mengambil keberkatan Hari Kebesaran Nabi Muhammad s.a.w, Kak Long Hanisah telah memilih hari ini untuk melangsungkan pertunanganya bersama pasangan. Struktur wajah kak Long yang bujur tidak memerlukan shading yang ketara namun kulitnya yang menggelupas dengan teruk akibat kesan cuaca panas memerlukan lebih ketelitian ketika menyiapkannya. Bimbang juga sekiranya kesan solekan nanti akan memburukkan lagi keadaan kulit ataupun mungkin akan menyebabkan hasil solekan tidak begitu 'mesra' dengan kulit. Namun alhamdulillah, berkat usaha dan kepercayaan daripada Kak Long, kesan menggelupas yang teruk itu dapat dilindungi dengan penggunaan foundation yang tepat serta bantuan spray ajaib Mac. Mujur ada Kak Nik yang suggestkan saya beli spray ni. Tq Kak Nik. Dan nasihat saya kepada anda, pastikan sentiasa memakai pelindung UV atau krim wajah yang mengandungi SPF bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat kesan cuaca panas.

p/s: Atas permintaan Kak Long juga, keningnya hanya dirapikan dan tidak dicukur.

Monday, February 15, 2010

Pertunangan Fizah




p/s: atas permintaan tuan punya badan, keningnya langsung cik andam tak usik tau. So inilah hasilnya. Alhamdulillah, Fizah suka dengan hasil mekap cik andam. Kepada Fizah dan pasangan, tahniah.

Saturday, January 16, 2010

Persandingan Fatimah

p/s: pengantin tanak cukur kening dan tanak bulu mata palsu. Tapi alhamdulillah, still cantik je hasilnya. Kulit pengantin sangat lah licin. Senang nak aplly foundation. Hehe. Selamat Pengantin Baru kepada Fatimah dan pasangannya.

Friday, January 8, 2010

Wanted!

(gambar ni i amik dari website mane lupa lak)

Ade sesape yang tahu kat butik mane nak dapatkan pelamin macham ni or seakan-akan macham ni kat area dungun atau berdekatan ye? Sesape yang tahu kat mane atau uolls memang ada pelamin macham ni kat butik uolls sila-sila lah inform kat yna ye. Lagi cepat lagi bagus. TQ.

Wednesday, December 30, 2009

Pertunangan Nor





Gambar-gambar yang menarik ni ihsan dari photographer, Abg Zahar.
p/s: buat Nor dan pasangan, tahniah. Semoga cepat-cepat naik pelamin (^-^)

Monday, December 14, 2009

Check List

*update*

Alhamdulillah. Booking untuk bulan March 2010 untuk minggu cuti sekolah dah semakin full. Masing-masing dah start booking photografer, jurusolek, pelamin siap-siap untuk hari bahagia masing masing. Rasanya dah tak terlalu awal booking di buat memandangan tarikh pada minggu cuti sekolah tu memang menjadi rebutan ramai pasangan. So kepada customer yang masih berminat nak gunakan khidmat solekan saya, korang boleh semak tarikh yang dah di booking dan di reserved untuk customer. Masih ada lagi tarikh yang kosong. First come (with deposit) first serve okey. (^_^)

Januari:
16.01.10, Sabtu - Paka *done

Febuari:
14.02.10, Sabtu - Pjah Dungun *done
27.02.10, Sabtu- Along mama *done

March
03.03.10, Rabu - Ila (malam) *done
04.03.10, Khamis - Ila (outdoor) *done
05.03.10, Jumaat - Ila *done
06.03.10, Sabtu - Abg Azam Paka *done
13.03.10, Sabtu - Along (pagi)
13.o3.10, Sabtu -Along (tengahari)
13.03.10, Sabtu - Ain Paka (malam)
14.03.10, Ahad - Ida Seberang Pintasan (pagi)
14.03.10, Ahad - Ain Paka (tengahari) ~postpone~
19.03.10, Jumaat - Balai Besar (petang)

Mei
01.05.10, Sabtu - Diha (pagi dan tengahari)
22.05.10, Sabtu - Nasa Paka
28.05.10, Jumaat - special reserved
29.05.10, Sabtu - special reserved

Jun
05.06.10, Sabtu - special reserved
11.06.10, Jumaat - Rina Dungun

September
16.09.10, Khamis- Iklima Dungun
17.0.10, Jumaat - Pijah Kg. Baru

Tuesday, November 17, 2009

Persandingan Sarah


p/s: sorila, gambar sangat tak memuaskan dan kurang jelas. semua nya guna flash sebab cahaya bilik pengantin agak suram. tapi nak buat camne dah ini je gambar yang ade huhuhu. bila dah dapat gambar lawa dari pengantin nanti, cik andam uploadkan yang baru. huhuhu.

Masih Lagi Beroperasi

Salam,

Dah lama cik andam tak post kan entry mekap customer kat blog ni. Job-job yang dah settle memang banyak tapi mostly takde gambar yang elok serta keadaan masa yang terhad nak siapkan pengantin memang tak sempat untuk cik andam nak curik-curik ambik gambar customer. So terpaksalah cik andam tunggu ihsan dari photographer pengantin atau pengantin kot-kot sudi nak emelkan gambar dorang. Dan untuk customer-customer yang nak menggunakan khidmat cik andam, jangan bimbang sebab cik andam masih aktif cuma blog mekap je yang tak berapa nak aktif di update. Apa-apa pun cik andam akan usahakan jugak untuk dapatkan dan upload gambar-gambar dorang tu.

Tuesday, October 6, 2009