Sunday, April 4, 2010

Pertunangan Adik


Pengantin kali ni comel je kan? Kecik je orangnya. Tersangat la baik dan peramah sampai cik andam rasa macam mekap kan adik sendirik je. Nak mekap kan dia pun senang sebab adik memang serah sepenuhnya kepada cik andam. Kalo tak silap, Adik memang dah selalu mekap cantik-cantik sebab dah selalu terlibat aktiviti pertunjukkan tarian kebudayaan. So dia paham macam mana proses kerja cik andam. Untuk adik dan pasangan, Kak Yna ucap tahniah. Semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin.i

Tuesday, March 30, 2010

Persandingan Ila





Sori Ila sebab lambat upload gambar sanding nih. Cik andam sibuk tau... hehehehe.

Friday, March 26, 2010

Majlis Sambut Menantu Rohaida


Ramai kawan-kawan sekolah dah tanya bila nak upload gambar-gambar Ida ni. Hehehe sori cik andam banyak sangat komitmen lain, tak sempat nak update belog. Sejak daripada zaman sekolah sampai zaman bekerja, Ida memang jenis yang tak suka bermekap. Maklumlah atlet sekolah kan, mana kisah nak mekap-mekap bagai ni kan Ida? hehehe. So masing-masing tak sabar nak tengok wajahnya selepas mekap. Kulit Ida cantik, cuma ada parut-parut jerawat kecil je di pipi tapi masih boleh diatasi dengan penggunaan foundation yang tepat. Cik andam cuma mekapkan untuk majlis sambut menantu je, sebab yang lain Ida dah ambil sekali dalam pakej pelaminnya.

Pernikahan Ain


Kalau nak tahu, kerja memekapkan Ain nih tersangatlah mudah dan cepat. Lebih kurang 1 jam je dah pun selesai. Kulit Ain bersih dan licin jadi senang nak aplikasi foundation dan mekap.Tak percaya cuba tengok gambar sebelum mekap. Cantik je kan kulit Ain ni? Cik andam sempat tanya produk@skincare apa yang digunakannya untuk mendapatkan kulit sehalus mulus tu dan kata Ain, dia hanya menggunakan roduk Mustika Ratu sejak zaman sekolah lagi dan produk itu berkesan dengan kulit wajahnya. So sape-sape nak dapat kulit secantik kulit Ain, lepas ni boleh try produk Mustika Ratu. Alhadulillah, selamat sudah majlis pernikahan Ain dan nantikan majlis Persandingan Ain pula akan datang.

nota kaki: Ain, nanti dah dapat gambar daripada phtographer jangn lupa share kat Dona ye.

Tuesday, March 16, 2010

Persandingan Kak Long

pengantin memang dah threading kening siap-siap. cantik kan?

menyiapkan pengantin lelaki. nak kena tacap jugak sikit-sikit.

Alhamdulilah, walaupun agak tergesa-gesa mengejar masa, namun masih sempat menyiapkan Kak Long untuk majlis pernikahan dan persandinganya. Kak Long request untuk tampil dengan solekan ala Arabic terutamanya pada bahagian mata yang perlu lebih menyerlah, namun sayangnya, masa begitu terhad. Ini juga merupakan kali kedua Kak Long menggunakan khidmat cik andam selepas solekan pertunangannya tahun lepas. Kepada Kak Long dan pasangan, terima kasih di atas kepercayaan anda. Semoga bahagia berkekalan.

Sunday, March 14, 2010

Persandingan Ros


Walaupun baru kali pertama bersua muka dengan Ros, namun keramahan dan kemesraannya
membuatkan saya selesa bekerjasama dengannya. Kulit Ros yang bersih dan cerah merupakan satu bonus bagi saya sekaligus memudahkan kerja-kerja solekan dilakukan. Lucunya Ros sempat menyuarakan kerisauannya pada saya untuk melihat hasil solekan nanti. Katanya, dia pernah disolekkan sebelum ni dan hasilnya wajahnya kelihatan lebih tua daripada usianya. Namun syukur, selepas disolekkan, Ros cukup berpuas hati dengan hasil solekan cik andam dan bila ditanya samada wajahnya kelihatan tua atau tidak, Ros terus tergelak besar. Hehehe. Ros telah menggayakan 3 persalinan ada hari tersebut namun atas sebab kesuntukan masa, hanya persalinan terakhir saja yang sempat dirakamkan oleh cik andam. So nantikan gambar-gambar seterusnya daripada Photographer.

p/s: kening pengantin tidak dicukur atas permintaan empunya badan.

Thursday, March 11, 2010

Pernikahan dan Outdoor Ila

Salam,

Hampir 3 hari saya dan photographer berkampung di rumah Ila untuk majlis pernikahan, outdoor dan persandingannya bermula pada 4,5 sehingga 6 MARCH 2010. Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak segala kerja kami dan diharapkan pihak Ila dan suami berpuas hati dengan hasil kerja kami berdua. Layanan baik Ila, suami dan keluarga sangat-sangat lah dihargai.

PERNIKAHAN

OUTDOOR PHOTOSHOOT

Untuk sessi outdoor, Ila telah memilih kebaya bewarna pink/belacan yang cantik sangat-sangat warnanya untuk digayakan sepanjang photoshoot. Kali ni saya pun turut sama turun padang menyertai aktivti outdoor untuk memastikan mekap Ila tidak terjejas akibat cuaca yang terlalu panas sekarang. Sekurang-kurangnya dapatlah saya touch-up balik mekap Ila yang cracked dan luntur sepanjang sessi outdoor diadakan.

progress menyiapkan pengantin lelaki
Dan untuk gambar persandingan akan di upload kemudian sebab mostly gambar-gambar mekap Ila nih, cik andam ambil daripada official photographer Ila. So cik andam kena tunggu photographer upload dulu la ye. Kalo tak nanti dikata lawan tokei la pulak. (^^,)

Friday, February 26, 2010

Apa Yang Perlu Pelanggan Ketahui

Salam semua,

Entry kali ni cik andam nak kongsi sesuatu yang mungkin boleh sama-sama kita pertimbangkan sekiranya ingin mendapatkan khidmat solekan daripada mana-mana mak andam. Sebab kadang-kadang ada diantara pelanggan tidak pernah tahu atau terfikir tentang apa yang perlu mereka sediakan dan lakukan sepanjang proses mekap dilakukan.

1. Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pengcahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pengcahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing. Manakala proses mekap yang kadangkala memakan masa 1 jam setengah sehingga 2 jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan mak andam.

2. Tak salah sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak mekap yang disukai. Namun anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh mak andam kerana mak andam mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan. Jadi seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih mak andam tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan mak andam yang dipilih untuk lakukan yang terbaik. Insyallah.

3. Isu ni mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada diantara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai mak andam, kami akan sentiasa menghormati dan menuruti kehendak pelanggan dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan. Malah mungkin memudahkan kerja kami yang tidak perlu meluangkan masa untuk membersihkan/mencukur kening anda. Namun kadangkala ada diantara pelanggan memiliki kening yang agak hitam, tebal atau mungkin bentuk kening yang menurun atau lain-lain menimbulkan masalah untuk membentuk kening tanpa membersihkan/mengcukur kening mereka. Wajah anda mungkin akan kelihatan sedih, garang atau sebagainya sekaligus mewujudkan tanggapan yang tidak elok diatas hasil kerja kami nanti. Sebaik-baiknya minta pendapat daripada mak andam mengenai perkara ini kerana ada juga diantara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur/dibersihkan. Kami mengharapkan agar pelanggan dapat memahami dan menyerahkan kepercayaan kepada kami untuk memastikan hasil solekan yang cantik dan sempurna di mata anda dan tetamu. Namun itu tidak bermakna kami memaksa anda untuk melakukan sesuatu yang tidak ingin anda lakukan. Tepuk dada tanya selera.

4. Bagi masa yang secukupnya untuk mak andam anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terkhir. Kadangkala ada diantara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses mekap belum pun selesai sepenuhnya. Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan mak andam malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.

5. Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam tiba kerana kebanyakan mak andam lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain

Dengan perkongsian ini, diharapkan para pelanggan akan lebih memahami, bekerjasama sekaligus memudahkan urusan kedua-dua belah. Insyallah kami akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk anda.

Pertunangan Kak Long Hanisah


Mengambil keberkatan Hari Kebesaran Nabi Muhammad s.a.w, Kak Long Hanisah telah memilih hari ini untuk melangsungkan pertunanganya bersama pasangan. Struktur wajah kak Long yang bujur tidak memerlukan shading yang ketara namun kulitnya yang menggelupas dengan teruk akibat kesan cuaca panas memerlukan lebih ketelitian ketika menyiapkannya. Bimbang juga sekiranya kesan solekan nanti akan memburukkan lagi keadaan kulit ataupun mungkin akan menyebabkan hasil solekan tidak begitu 'mesra' dengan kulit. Namun alhamdulillah, berkat usaha dan kepercayaan daripada Kak Long, kesan menggelupas yang teruk itu dapat dilindungi dengan penggunaan foundation yang tepat serta bantuan spray ajaib Mac. Mujur ada Kak Nik yang suggestkan saya beli spray ni. Tq Kak Nik. Dan nasihat saya kepada anda, pastikan sentiasa memakai pelindung UV atau krim wajah yang mengandungi SPF bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat kesan cuaca panas.

p/s: Atas permintaan Kak Long juga, keningnya hanya dirapikan dan tidak dicukur.

Monday, February 15, 2010

Pertunangan Fizah




p/s: atas permintaan tuan punya badan, keningnya langsung cik andam tak usik tau. So inilah hasilnya. Alhamdulillah, Fizah suka dengan hasil mekap cik andam. Kepada Fizah dan pasangan, tahniah.