Sunday, November 21, 2010

Kelas Asas Solekan 22 Oktober 2010

Alhamdulillah, bengkel asas solekan sessi pertama telah pun berjalan lancar pada hari Jumaat, 22.10.2010 bertempat di Kolej Komuniti Kemaman. Seramai lebih kurang 20 orang peserta telah join bengkel kali ni dan terdiri di kalangan student dan penduduk setempat. Antara pengisian program tersebut ialah pengenalan bahan dan peralatan solekan, cara-cara membentuk kening, demo solekan harian, demo solekan makan malam serta yang paling happening ialah sessi praktikal solekan di kalangan peserta pada penghujung program. Masing-masing ber-sungguh-sungguh cuba mengaplikasikan ilmu yang telah di-kongsi. Peserta juga sporting dan tak putus-putus mengutarakan soalan untuk sama-sama dikongsi. Cik andam juga sempat tunjukkan beberapa tips gaya pemakaian tudung dan shawl kepada peserta. Apa pun, semoga ilmu yang telah dikongsi itu dapat digilap dan diaplikasikan dengan sebaik-baiknya. Dan kepada mana-mana pihak kolej/persatuan yang berminat untuk mengadakan bengkel solekan seperti ini, boleh lah menghubungi cik andam di 013-9525876 (Yna). 


  sessi briefing

cara-cara membentuk kening



demo solekan 






 peserta

No comments: