Thursday, July 21, 2011

Pertandingan Solekan Karnival Remaja Adun Kemasik



wanie, kak yna pinjam pict FB wanie. 





















Salam semua.


Alang alang dah update, cik andam nak update pasal Pertandingan Solekan Karnival Remaja Adun Kemasik yang cik andam join bebaru ni. Kalau tak silap pada 28 Mei 2011 bertempat di Kemasek. Punye lah lama simpan pict nih semua sebab kekonon nak tunggu soft copy daripada kawan, tapi sampai sekarang pun belom sempat lagi nak amik. So, cik andam upload mana yang ada je dulu ye. Pertandingan ni telah disertai lebih kurang 10 orang jurusolek dari area Kerteh, Kemasik dan Paka dengan tema solekan bebas. Masing-masing ada yang memilih solekan Arabic, Kasual, Parti, dll. Cik Andam pulak memilih Solekan Pengantin sebab time tu memang props dan kelengkapan pengantin je yang cik andam ada. Hehe. Dan alhamdulillah, hasil kerja cik andam terpilih sebagai tempat pertama pada hari tu. Walaupun tergesa-gesa berkejar nak mekap kan kastemer, tak sangka ada rezeki untuk cik andam dan model cik andam pada hari tersebut. Terima Kasih kepada juri yang telah memilih dan memberi peluang kepada Cik Andam. Dan tak lupa juga Terima Kasih bebanyak kepada model Cik Andam iaitu Wanie yang sudi meluangkan masa membantu Cik Andam menjayakan pertandingan ni serta sokongan suami dan rakan-rakan yang lain ketika pertandingan berlangsung. Walaupun pertandingan ni takde lah segah pertandingan yang lain, tapi Cik Andam menganggap ini satu peluang dan platform untuk melangkah lebih jauh dalam bidang solekan di samping mengutip pengalaman yang baru. Insyallah.

No comments: