Wednesday, July 20, 2011

Kelas Solekan Adun Kijal

Salam semua,


Alhamdulillah baru-baru ni cik andam sempat memenuhi jemputan DUN Kijal untuk mengadakan kelas asas solekan bagi belia dan remaja di sana. Kelas  yang dihadiri seramai 20 peserta berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Sambutan dan kerjasama peserta yang sungguh sporting membuatkan kelas yang dijalankan berlangsung dengan jayanya. Pelbagai ilmu baru juga dikongsi dengan peserta. Di harap dengan adanya bengkel seperti ini, lebih ramai lagi belia dan remaja mula menggiatkan diri dan memajukan diri dalam bidang solekan. Dan ribuan terima kasih juga kepada pihak penganjur yang sudi mengundang cik andam pada hari tersebut dan mengatur perjalanan bengkel ini dengan jayanya sekali. 


  antara peserta yang hadir.


peserta tekun mempelajari teknik yang sedang diajar.


sessi praktikal mekap dikalangan peserta bengkel solekan.


semuanya tekun mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari


salah seorang orang kuat yang sama-sama menjayakan bengkel tersebut.


jamuan ringan oleh pihak penganjur


 kenangan bersama peserta.

Dan cik andam juga turut mengalu-alukan mana-mana persatuan atau pihak yang berminat menjemput cik andam untuk menjayakan lebih banyak bengkel solekan seperti ini supaya lebih ramai lagi berpeluang diberi pendedahan ilmu solekan untuk dipraktikkan. Sekiranya berminat, anda boleh boleh menghubungi cik andam di 013-9525876. TQ.

No comments: