Saturday, July 30, 2011

Majlis Pertunangan Jat, Kg. Kedai Buluh, Trg.







Alhamdulillah, selesai sudah job terakhir cik andam sebelum berehat menyambut Ramadhan dan menanti kelahiran anak pertama. Insyallah, pada Ramadhan nanti cik andam hanya fokus pada kelas-kelas mekap yang akan di adakan di kolej seperti biasa. Itupun bergantung kepada jadual dan keadaan kesihatan cik andam sekiranya diizinkan oleh Allah. Dan untuk kastemer kali ni, Jat, telah memilih solekan yang natural dan simple sahaja untuk majlis pertunangannya. Maklumlah, ini pengalaman pertama Jat mengenakan solekan di wajahnya. Jat juga meminta agar keningnya dirapikan sahaja dan seperti biasa cik andam akan cuba memenuhi permintaan-permintaan kastemer supaya hasilnye nanti disenangi. Kepada Jat dan pasangan, tahniah daripada cik andam. Semoga hubungan ini berakhir ke jinjang pelamin. Insyallah.